Tuesday, September 18, 2018

HIburan Melampau Mengundang Bala.

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.


Hasil carian imej untuk hiburan yang melampau


Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.


Firman Allah S.W.T.:

أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

Surah Al-A'raf Ayat 98

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.





Punca-punca berlakunya hiburan yang melampau:

- Pengaruh Rakan Sebaya

  • Rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.
  • Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.


- Ibubapa yang Sibuk

  • Kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mendidik terhadap anak-anak.
  • Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.
  • Ini menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.
  • Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk.



-Pengaruh Media Massa

  • Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa.
  • Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.



Kesan-kesan hiburan yang melampau:

- Melahirkan golongan hedonisme.

  • Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
  • Mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang.
  • Seseorang akan asyik berseronok sehingga malas melakukan pekara yang disuruh dan membuat apa yang dilarang.
  • Remaja hilang matlamat hidup kerana terlaku leka pekara yang penuh ilusi sehingga melupakan matlamat hidup sendiri.

Hasil carian imej untuk hiburan yang melampau


-Keruntuhan akhlak dan moral

  • Mereka mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat, dan teguran masyarakat sekeliling.
  • Induvidu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa memperdulikan larangan agama dan adat.
  • Segelintir individu pada masa kini tidak lagi takut kepada dosa dan balasan dari Allah SWT.




-Kerugian Ekonomi

  • Ramai dikalangan kita suka pergi ke pusat hiburan untuk melupakan masalah yang dihadap dengan mengeluarkan wang yang besar.
  • Segelintir individu sanggup mengeluarkan wang  ringgit bahkan harta benda semata-mata untuk berhiburan.


-Timbul Perasaan Malas Belajar

  • Sebelum ini belajar semuanya dalam keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan hiburan maka kemalasan itu datang.
  • Menyebabkan masa hadapan seseorang gelap dan boleh meningkatkan kadar kehidupan tidak mempunyai perkerjaa kerana tidak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.




-Mengundang Bala daripada Allah S.W.T.


Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang orang yang saleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".




Cara Mengatasi Hiburan yang Melampau:


-Ibubapa


  • Peranan sebagai ibu bapa kepada seseorang remaja amat penting kerana ibu bapa merupakan orang yang sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini.
  • Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut pekembangan atau perubahan sikap bagi anak mereka.
  • Anak-anak memerlukan keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa mereka.
  • Walau sibuk dengan kerja sekalipun, ibu bapa perlulah membahagikan masa untuk bersama anak-anak meraka yang sedang mencari erti kehidupan. 
  • Ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang bagi seseorang remaja.


-Menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan agama dan moral.


  • Bergaul dalam hiburan adalah semasa berhiburan berlangsung kaum lelaki dan perempuan mestilah diasingkan ini kerana tidak mahu berlakunya fitnah dalam masyarakat. 
  • Berintraksi dengan individu lain haruslah dengan sopan dan tidak mengunakan perkataan yang kasar.
-Memilih kawan yang baik.

  • Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran agar kita terus berpendidikan dan berpelajaran.
  • Kawan yang baik juga akan mengajak kita kepada kebaikan dan mengajar kita melakukan perkara yang baik. 
  • Kawan baik juga dapat membantu kita berfikiran secara positif dan terbuka.


-Mendapat Nasihat

  • Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik tentang perkara yang kita buat.
  • Ini menyebabkan kita tidak mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik mahupun perkara yang tidak senonoh.
-Peranan media massa.

  • Siarkan di televisyen yang mempunyai nasihat dan kata-kata kebaikan  juga dapat menghidupkan jiwa dan rohani dalam diri remaja.

-Penguatkuasaan undang-undang.

  • Pihak berkuasa seperti polis menjadi orang penting untuk menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di negara kita.
  • Dengan cara ini kita dapat kurangkan masalah yang dilakukan oleh remaja.
  • Kerajaan wajiblah mengelakkan daripada meluluskan tempat hiburan seperti kelab malam, kasino dan lain-lain.








    Kesimpulanya, ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.

  Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.



Video-video Penutup







Rujukan:







Di sediakan oleh:
  1.  AFIQ IRFAN BIN YAHAYA (01DTK16F1026)
  2. AMINUDIN BIN ABDUL RASHID (01DTK16F1043)
  3. MUHAMMAD KHALIL ZUHAIRI BIN ZAIDI (01DTK16F1037)
  4. MUHAMMAD ARIFFUDDIN BIN MAZLAN (01DTK16F1036)
  5. SARAVANAN A/L PARAMESWARAN (01DTK16F1042)

Kod Kursus : DUA 6022
Kursus: Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam
Kelas: DTK5B (Sesi Jun 2018)
Pensyarah Kursus: Puan Natrah binti Yaacob

HIburan Melampau Mengundang Bala.

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun d...